Perihal

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Selamat Datang ke blog SifooKZ.com. Nama saya Kamaruzaman Zainal atau biasa dipanggil KZ sahaja.

Namun di platform digital, saya sering menggunakan nama SifooKZ. Saya adalah tuanpunya blog ini.

Bermastautin di Cheras, Kuala Lumpur. Mempunyai seorang isteri dan seorang anak.

Saya buat laman web ini kerana satu sebab sahaja...

Untuk memberikan pengetahuan dan panduan kepada anda tentang satu cara menjana pendapatan yang tak lekang ’dek hujan atau panas’. Satu cara yang memang bermula dari profesion tertua di dunia iaitu ‘Sales’ (Jualan). Satu cara yang memang telah dinyatakan bahawa 90% rezeki itu datangnya dari bisnes.

Tahun 2021, memperlihatkan dunia berubah akibat pandemik COVID19. Ramai hilang pekerjaan dan tempat mencari rezeki menyara diri dan keluarga. Ekonomi pula ketika ini sukar diramalkan.

Pada hari ini, saya lebih yakin tentang sistem pemasaran rangkaian lebih dari sebelumnya. Cara-cara tradisi menjana pendapatan akan mula hilang.

Apa yang tinggal adalah kita terpaksa bergantung antara satu sama-sama menjana pendapatan, samada dilakukan secara offine atau online.   

Mengikut kata orang tua..

Sejak kecil saya dididik untuk belajar pandai-pandai bagi mendapatkan pendidikan tinggi (ijazah) agar satu hari nanti akan dapat kerja yang baik, wang yang banyak untuk diri sendiri, keluarga lantas boleh menyumbang kepada agama, bangsa dan negara.

Mudah saja arah tujuannya tanpa sebarang spesifikasi yang terperinci seperti saya perlu jadi lawyer atau doktor atau sebagainya. Agaknya, anak orang miskin, memang kebanyakannya begitu.

Arwah ayah adalah seorang pemandu di sebuah syarikat yang pada satu ketika saya mengisi borang sekolah hanya mencatatkan pendapatan 3 angka sebulan setelah bertahun-tahun beliau membanting tulang. Ibu pula surirumah sepenuh masa mengasuh 8 anak-anak.

Mengenali Bisnes...

Mula terdedah dengan bisnes, apabila ibu cuba menambah pendapatan keluarga dengan buat Nasi Lemak dan Pisang Goreng untuk dijual oleh saya dan adik-adik. Maka terjerit-jeritlah kami adik beradik “Nasi lemak, Goreng pisang..” di kawasan flat tempat kami tinggal di ibukota Kuala Lumpur.

Memang awalnya agak malu-malu menjual, kerana sifat kami asalnya memang pemalu, namun bak kata pepatah ‘Alah bisa, tegal biasa’. Berbekalkan pengalaman ini, saya belajar bahawa rezeki kewangan boleh datang dari pelbagai cara.

Lantaran itu, saya meneruskan pendidikan hingga peringkat Universiti iaitu dalam bidang yang telah didedahkan oleh ibu iaitu pengurusan bisnes dan komputer. Bidang lain agak terlalu asing bagi saya. 

Sentiasa punya niat buat bisnes sendiri..

Setelah tamat zaman Universiti, berbekalkan ijazah yang ada, saya memulakan karier sebagai pegawai di sebuah Jabatan kerajaan hingga pada tahun ke 6, apabila saya dihantar bertugas sebagai Timbalan Pengarah Jabatan tersebut di Tokyo, Jepun selama beberapa tahun.

Jabatan ini yang memang tugas utamanya berurusan dengan Pengasas-pengasas dan Ahli Perniagaan tuanpunya kilang dari dalam dan luar negera. Pergaulan harian dengan mereka banyak menyemarakkan keinginan saya untuk mempunyai bisnes sendiri.

Peluang mendalami bisnes...

Peluang saya mendalami ilmu praktikal bisnes timbul apabila saya ditawarkan menjadi ahli Lembaga Pengarah Eksekutif sebuah syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia. Lantas, saya tidak berfikir panjang untuk menerima tawaran tersebut dan kembali ke Malaysia.

Di syarikat ini, bermula lah pembelajaran saya secara ‘hands on’ tentang bagaimana menguruskan sebuah bisnes yang mempunyai 17 kilang dan pasaran dalam dan luar negara.

Mengusahakan bisnes sendiri...

Setelah 16 tahun bekerja, akhirnya, impian menubuhkan sebuah syarikat sendiri terlaksana. Syarikat saya terletak di Ampang, Selangor yang terlibat dengan bisnes pengiklanan.

Gembira tidak terkira, bila saya berjaya mengusahakan syarikat sendiri selama 10 tahun dengan pekerja lebih kurang 30 orang. Banyak pengalaman pahit manis saya lalui.

Saya pernah ditanya oleh seorang pegawai tinggi akhbar tersohor. “Kenapa tuan boleh berhenti kerja di syarikat ternama dan sanggup meneroka bisnes kecil ini?”. Jawab saya senang saja “Walau pun ia kecil, ia tetap bisnes sendiri, saya yang punya”.

Saya nampak wajahnya agak terkejut dan bibirnya berulang kali menyebut jawaban yang saya berikan sambil beliau berfikir jauh.

Pada ketika itu,  saya faham bahawa ramai orang punya impian mereka sendiri, tetapi disebabkan rasa selesa dengan kedudukan mereka, maka mereka tak mau mengambil risiko mengubah kedudukan yang ada.

2 minggu kemudian, saya panggil anak muda tersebut untuk menerangkan kepada saya tentang bisnes beliau. Tercungap-cungap juga dia sewaktu buat presentation, tapi saya faham bahawa dia masih baru dan amatur.

Walaupun begitu, penerangan beliau telah membuka mata saya tentang peluang bisnes ini. 

Maka bermulalah pengkajian dan penglibatan saya yang lebih mendalam tentang bisnes pemasaran rangkaian (Network Marketing) sejak 2011.

Langit tak selalu cerah, mendung bukan selamanya…

Selama 10 tahun melayari bisnes sendiri. Bekerja keras siang dan malam menjadi amalan saya. 

Pada ketika saya menikmati kejayaan, kesihatan diri mula terganggu dengan agak teruk menyebabkan saya tidak lagi selincah selalu.

Bisnes mula merudum dan akhirnya saya terpaksa mencari jalan keluar untuk mencari suatu bisnes yang lebih sesuai dengan umur yang telah hampir separuh abad, kesihatan yang menganggu dan masa yang semakin suntuk.

Ya. Ini lah masa ketika paling rendah dalam kehidupan dunia saya.

Pada ketika sedang mencari bisnes sesuai untuk menjana pendapatan, ditakdirkan seorang anak muda yang baru memulakan kehidupan memperkenalkan kepada saya satu produk minuman kesihatan luarnegara yang telah mendatangkan kesan positif terhadap kesihatan saya.

Ini menyebabkan saya terfikir. Selain produk kesihatan yang dicadangkan oleh aliran utama seperti klinik dan farmasi, rupa-rupanya terdapat banyak juga produk kesihatan alternatif yang bagus dijual secara ‘Direct Selling’. 

Cumanya, masyarakat patut berhati-hati dan pandai memilih apa yang terbaik untuk mere

 

Apa Yang Saya Boleh Kongsikan Dengan Anda..

Ada banyak persepsi salah dan negatif tentang pemasaran rangkaian dalam masyarakat di luar sana.

Ini kerana, sejak model pemasaran rangkaian mula diperkenalkan hampir 90 tahun dahulu iaitu sewaktu era “Great Depression”, ia bertujuan untuk membantu syarikat-syarikat membentuk pasukan jualan yang besar dengan cara menawarkan bonus/komisen pelbagai peringkat kepada masyarakat bagi mengatasi masalah ekonomi yang sangat kritikal pada ketika itu.

Namun, keberkesanan sistem unik ini telah menyebabkan segelintir founders dan leaders atau penganjur yang mengambil kesempatan dengan cara yang tidak bertanggungjawab.

Bayangkan, 1 orang founder syarikat dan beberapa leaders mereka sahaja boleh menyalahgunakan sistem ini yang akan menyebabkan ribuan ahli terkena kesan buruknya. Setiap hari, ada sahaja syarikat atau pelan baru yang ditubuhkan oleh founders dan leaders ini yang menyebabkan ribuan orang lagi akan tertipu dengan skim PIRAMID, SCAM dan PONZI yang diharamkan. Akhirnya, nama pemasaran rangkaian yang mendapat stigma buruk.

Sistem pemasaran rangkaian yang berasaskan ‘home base’ ini sebenarnya adalah satu sistem pemasaran unik.

Sistem pemasaran ini diformulasikan oleh syarikat bagi memudahkan pasukan jualannya membina empayar perniagaan mereka sendiri dengan lebih sistematik.

Sistem ini sangat berjaya, dan kini lebih 80% syarikat jualan langsung (direct sales) di dunia menggunakan sistem pemasaran rangkaian bagi membayar pasukan jualan mereka.

Banyak syarikat yang tulus, menggunakan sistem ini dengan berkesan selama puluhan tahun dan wujud beroperasi sehingga kini. Jualan tahunan mereka menghasilkan pendapatan berbilllion-billion ringgit setiap tahun. 

Banyak juga syarikat tersebut sedang tersenarai di bursa-bursa Malaysia dan duni

Ramai pengamal bisnes pemasaran rangkaian ini telah berjaya mewariskan bisnes atau pendapatan mereka kepada ahli keluarga yang telah ditinggalkan.

Suatu perkara yang mengejutkan adalah bagaimana pengamal bisnes ini telah menjadikan budaya melatih ahli keluarga mereka yang lain sebagai persediaan apabila mereka telah tiada.

Ya. Pendapatan pasif dalam pemasaran rangkaian memungkinkan bisnes ini diwariskan untuk beberapa generasi berikutnya.

Jadi..

Jika anda mempunyai keinginan untuk mengubah hidup, menambah pendapatan keluarga atau sedang mencari sesuatu profesion masa depan, jangan ketepikan potensi besar yang terdapat dalam bisnes pemasaran rangkaian

Mungkin banyak masa yang akan anda gunakan untuk menyelidik bagi mendapat jawapan yang anda mahu mengenai pemasaran rangkaian.

Anda juga mungkin tidak mahu menggunakan waktu penting anda untuk membuat penyelidekan tersebut, yang mana mungkin anda akan keliru, kecewa dan sesak nafas mengkajinya.

Di sini, saya akan memberikan anda pengetahuan mendalam tentang pemasaran rangkaian dan bagaimana untuk berjaya menggunakan strategi dan prinsip yang terbukti untuk membina empayar bisnes anda sendiri.

Online Learning is the Future of Education

Morbi felis sapien, tempor sit amet eleifend eget, dignissim non tellus. Ut ut tempor est. Etiam ullamcorper libero sed turpis tempus ultrices eget in enim. Morbi tellus mauris, lobortis id tellus nec, ultrices iaculis lectus. Phasellus eget leo eu turpis vulputate scelerisque eu lobortis eros. Nulla facilisi. Etiam finibus leo purus, ac vehicula justo sagittis eget.

Integer orci nibh, cursus ac nunc et, mattis ullamcorper massa. Donec ac sapien turpis. Nulla facilisi. Praesent ut leo pretium, fermentum ante a, pellentesque ligula. Nunc facilisis, tellus facilisis ornare tristique, libero felis rutrum urna, accumsan interdum nibh arcu eget urna. In hac habitasse platea dictumst. Phasellus scelerisque ut nunc vel maximus.

Praesent ut leo pretium, fermentum ante a, pellentesque ligula. Nunc facilisis, tellus facilisis ornare tristique, libero felis rutrum urna, accumsan interdum nibh arcu eget urna. In hac habitasse platea dictumst. Phasellus scelerisque ut nunc vel maximus.

More than 6 million students are currently in online courses as part of their higher education program

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Ut elit tellus, luctus nec ullamcorper mattis, pulvinar dapibus leo.

Almost half of all students enrolled in online courses are educated exclusively through distance education

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Ut elit tellus, luctus nec ullamcorper mattis, pulvinar dapibus leo.

85% of students think that online learning is the same or better than the traditional classroom experience

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Ut elit tellus, luctus nec ullamcorper mattis, pulvinar dapibus leo.

Start Getting New Knowledge and Experience, Together!

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Ut elit tellus, luctus nec ullamcorper mattis, pulvinar dapibus leo.