Dari meja CEO TDC Holdings Sdn Bhd.

Lebih kurang 15 tahun yang lepas, masyarakat Malaysia mula diperkenalkan dengan Susu Kolostrum selepas Susu Kolostrum mula popular melebihi 30 tahun yang lalu di negara-negara maju yang lain.

Memandangkan pemain produk Susu Kolostrum ini tidak ramai, dan pasaran pun tidak besar, beberapa Pengusaha Syarikat Produk Susu Kolostrum mendominasi pasaran di Malaysia, dan rata-rata yang menonjol adalah syarikat yang menggunakan konsep Direct Selling (Jualan Langsung).

Kenapa hanya Syarikat Jualan Langsung yang mampu membawa Produk Susu Kolostrum ini? Sebab Kolostrum adalah sesuatu pemakanan yang tidak semua tahu. Rata-rata masyarakat, walaupun sudah melebihi 15 tahun, masih ada mentaliti ingat “semua susu sama sahaja”.

Syarikat Jualan Langsung mempunyai satu kelebihan di mana mereka ada sejumlah Penjual yang ramai di merata tempat untuk menyampai, mendidik dan membimbing masyarakat untuk mengenali apakah itu Susu Kolostrum dan perbezaannya dengan susu biasa.

Ya, kelebihan syarikat jualan langsung adalah dari kekuatan pendidikan, bilangan penjual dan imbuhan yang menarik atas jualan.

Melalui konsep Jualan Langsung, Susu Kolostrum menjadi satu fenomena dan sekitar 10 tahun lepas, sebuah syarikat tempatan telah mencapai jualan Susu Kolostrum mencecah RM40juta sebulan hanya dengan pasaran Malaysia dan Indonesia sahaja.

Namun, keindahan itu hanya terlampau singkat dan tidak sampai setahun ianya kekal. Atas pelbagai faktor, syarikat tersebut terpaksa kecilkan skala, berundur sebarisan dengan jenama Susu Kolostrum yang lain di pasaran dan sukar mahu menciptakan kejayaan yang sama lagi.

Walaubagaimana pun, tetap ada beberapa syarikat jualan langsung luar negara yang kekalkan momentum dengan jualan sekitar RM2-4juta sebulan yang masih ada di pasaran pada hari ini dengan jualan Susu Kolostrum, walaupun tidak lagi sekuat dahulu.

5 tahun lepas, terlahir sebuah Syarikat TDC yang menjual Produk Susu Kolostrum yang berjenama C2Joy di Malaysia. Semestinya, ianya menggamit kenangan ramai pemain industri jualan langsung ini, dan masa yang sama fobia dan ketidakpercayaan.

Ianya bukan mudah nak buka pasaran lagi. Produk Susu Kolostrum pernah berjaya dengan singkat, namun tidak kekal lama.

Steady Daeng Madu. Mantap Giler!
Mantap Ustazah seorang ni..

Penjual yang hebat sudah fobia atas “roller-coaster” yang naik turun sangat laju ini.

Pengusaha Syarikat sedia ada juga sudah melihat selepas 15 tahun ini, pasaran Susu Kolostrum sudah tepu dan tiada lagi ruang dan peluang untuk berkembang.

Semua perjalanan cerita C2Joy pada tahun pertama, seperti sesuai dengan jangkaan ramai.

“Hanya Penjual Tepi Jalan, hanya dapat jual kepada orang kampung cari seringgit dua.

“Jualan pertama C2Joy hanya RM120ribu+. Satu angka yang amat rendah berbanding zaman gemilang Susu Kolostrum, dan satu angka yang boleh diabaikan oleh para Pengusaha Syarikat Jualan Langsung yang jual Produk Susu Kolostrum di pasaran yang masih hidup.

“Istiqamah”

TDC teruskan usaha. Entah mari daripada mana semangatnya, entah timbul daripada mana motivasinya. Mereka teruskan walaupun seperti pasaran sudah beranggapan sudah tepu dan penjual sudah fobia.

#fenomenaC2Joy melanda pada tahun ketiga, yakni pada Tahun 2018. Jualan TDC terus melonjak dan mencecah puluhan juta ringgit setahun buat kali pertama, sudah rapatkan jurang dengan para Otai Syarikat Jualan Langsung yang berasaskan Susu Kolostrum yang masih giat di pasaran.

“93% Perniagaan tidak lepas 3 tahun pertama.

“Ianya satu “sumpahan” global buat banyak syarikat. TDC tidak terkecuali. Tahun 2019-2020 TDC digoyangkan secara luaran dan dalaman.

“Survivability”

TDC dan C2Joy selamat. Bukan sahaja selamat melepasi cabaran “sumpahan” 3 tahun itu, malah, TDC melakar kegemilangan dengan melepasi jualan tahunan RM100juta buat kali pertama pada tahun 2020.

Jualan Tahunan itu telah meletakkan TDC di dalam kalangan 50 Syarikat Jualan Langsung berdaftar yang terbesar di Malaysia, dan kemungkinan Syarikat berasas Produk Susu Kolostrum terbesar di Malaysia.

Nak katanya besarnya jualan TDC, produk baru yang dilancarkan pada Julai 2021, BerryMix yang telah mencipta jualan melebihi RM4juta dalam masa 3 bulan pun nampak seperti “tidak laku” di kalangan Pengedar dan Stokist TDC yang sudah lali dengan jualan C2Joy yang hampir 8 kali ganda lebih banyak.

Ikutkan, jualan BerryMix sahaja sudah mencukupi untuk TDC letakkan diri pada 100 Syarikat Jualan Langsung terbesar di Malaysia.

Sepanjang Pandemik COVID-19, TDC sebenarnya sudah menjangkakan penurunan jualan yang mendadak dengan segala PKP yanh diperkenalkan untuk mencegah Penularan COVID-19. Kita sebenarnya target jualan hanya baki 50% daripada RM100juta yang tercapai pada tahun 2020.

“Miracle Happens”

Dengan Izin Tuhan, sebaliknya berlaku, jualan TDC walaupun ada turun naik setiap minggu dan bulan, namun, secara keseluruhan, TDC menunjukkan peningkatan dari segi jualan dan pasaran, dan kemungkinan dapat sekurang-kurangnya kekal jualan yang sama seperti mana tahun 2020, malah mungkin lebih dengan pukulan dua produk baru BerryMix dan Colever yang bakal dilancarkan.

“We are here not to take part, we are here to take over”

Pengakhiran Ucapan CEO TDC ketika pelancaran Produk Baru BerryMix pada 31 Julai 2021 merupakan kali pertama, CEO TDC yang selama 5 tahun ini sentiasa rendah diri ini mempamerkan jiwa dan impian besar dia yang selama ini tersimpan dalam hati.

“TDC ini seperti muncul dari entah mana, potong tang corner.

“Ketika dalam perbualan dengan beberapa ahli panel penilaian SME, salah seorang pengusaha syarikat jualan langsung yang berstatus otai terkeluar perkataan ini.

Sememangnya TDC 5 tahun ini kekal low profile, di bawah radar hampir keseluruhan industri, dan senyum sindir melihat ramai Syarikat Jualan Langsung lain yang berbangga dan bersembang dengan syarikat mereka yang katanya sudah jutawan padahal jualan setahun mereka hanya bagaikan seminggu atau sebulan TDC.

Saat TDC mula lebih menonjol dengan kemunculan di pasaran, TDC terus dinobatkan sebagai top 100 Fastest Growing SME, dan memukul satu industri SME dengan Audit Report RM100juta jualan tahunan.

“We are making a fantastic entrance”

Sememangnya, pengenalan diri kita pada mulanya hanya Penjual Susu Tepi Jalan ini seperti satu sindiran kepada ramai pemain industri selepas mereka mendapati TDC sebenarnya berada di satu tahap yang tidak mereka sangkakan.

Adakah akan terhenti di situ?

Adakah benar pasaran Susu Kolostrum sudah tepu?

Adakah dunia Jualan Langsung telah semakin merundum?

Adakah selepas Pandemik COVID-19 ini, banyak perniagaan sudah tidak relevan lagi termasuk sistem pengedaran?

TDC tidak ingin berdebat dan berkata-kata panjang. TDC hanya perlukan buktikan dengan hasil.

Seperti mana sejak 5 tahun lepas, kita hanya:”Penjual Tepi Jalan”

Cheers.